JC / Tenth
▲ Back To Top
a reminder to self
Friday, May 14, 2010

salam.

just wanna post something. semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan(:


HUKUM MELUKIS DAN GAMBAR


Yang jelasnya pengharaman ke atas sesuatu gambar itu berlaku sekiranya terdapat unsur-unsur berikut pada gambar tersebut iaitu:

1. Lukisan tersebut sama ada hidupan bernyawa atau tidak, sempurna atau tidak yang mengandungi unsur-unsur dan tujuan syirik seperti lukisan lembu sembahan masyarakat Hindu, lukisan bunga teratai, lukisan salib, nazi, zionis, yin dan yan, atau apa-apa yang berkaitan dengan sembahan agama lain hukumnya adalah haram.

2. Seterusnya lukisan lengkap terhadap sesuatu hidupan yang bernyawa yang cukup anggotanya seolah-olah bertujuan menandingi Allah dalam kuasa penciptaan makhluk maka hukumnya adalah haram seperti lukisan haiwan yang menonjol lukisannya, warnanya dan anggotanya sehinggakan hampir sama dengan haiwan yang sebenar.

3. Kemudian lukisan yang mengandungi unsur-unsur kehebatan dan kebesaran sama ada bernyawa atau tidak, sempurna atau pun tidak maka hukumnya juga adalah haram. Seperti gambar pembesar yang dibuat dengan niat utuk bermegah dengan pingat dan anugerah kebesarannya dan tambahan pula ianya dipamerkan dikhalayak ramai untuk tujuan kemegahan.

Manakala lukisan yang makruh pula adalah seperti berikut:

1. Lukisan yang berkaitan dengan hidupan tetapi bukan dalam keadaan yang sempurna seratus peratus dengan imej yang sebenar seperti lukisan kartun atau animasi.

2. Dan lukisan yang dilukis berkisar mengenai hidupan yang tidak bernyawa seperti pokok, sungai, batu, gunung, awan, padang, hutan-hutan dan lain-lain adalah diharuskan malah bagus untuk tujuan merehatkan minda sekiranya melihat kepada lukisan tersebut dan selagi mana ianya tidak melebihi daripada keperluan.

Mengenai masalah fotografi pula, ulama kontemporari kebanyakannya mengharuskan kerana ianya adalah salah satu peroses yang bukan seperti memahat atau melukis gambar yang bertujuan untuk menandingi kuasa ciptaan Allah. Syeikh Muhammad Bakhit berfatwa “bahawa fotografi itu adalah penahanan bayangan dengan menggunakan suata alat yang telah dikenal oleh ahli-ahli (tukstel). Cara seperti ini tidak ada larangan sedikitpun. Kerana larangan menggambar, iaitu mengadakan gambar yang sebelumnya tidak ada dan belum dibuat sebelumnya yang boleh menandingi (makhluk) ciptaan Allah. Sedangkan pengertian seperti ini tidak terdapat pada gambar yang diambil dengan menggunakan tukstel atau kamera”


i dont draw people full-body but still.. this means that i've gotta try to stop drawing people and draw something else!^^

0 Comments

welcome


visited, javascript:void(0) viewing.
since 29 Jan '10 .

Best viewed in 1280 x 1024
Mozilla Firefox

Hi. :)

you're now viewing http://sweeter-than-sugar-and-roses.blogspot.com/
w LOL; lots of lurvee♥